Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

Guest Blogging di Malaysia Financial Blog



PayBank2u.com


Malaysia Financial Blog sebuah blog kewangan yang membenarkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menulis artikel yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, perbankan dan perniagaan. Paybank2u.com merupakan sebuah blog berkonsepkan Guest Blogging.

Kenapa perlu Guest Blogging?

Guest Blogging merupakan satu cara baru untuk membina link sesuatu laman web dengan cara menulis post di blog orang lain sebagai balasan untuk mendapatkan link daripada blog tersebut ke laman web anda. Pembinaan link adalah penting untuk meningkatkan kedudukan sesuatu laman web di dalam enjin carian internet. Suatu ketika dahulu, penulisan artikel yang dihantar ke laman-laman web artikel seperti isnare, ezine articles dan hubpages merupakan cara yang popular dan berkesan untuk membina link. Keadaan kini sudah berbeza apabila Google mengubah pandangannya terhadap link yang dibuat dengan menggunakan laman web artikel. Link yang dibuat dengan cara ini kini dianggap berkualiti rendah oleh Google kerana link-link tersebut datang daripada laman web yang hanya bertujuan untuk mengumpul artikel semata-mata dan tidak mempunyai topik yang khusus. Oleh itu, sesebuah laman web yang mempunyai banyak link daripada laman web artikel mendapat markah negatif daripada Google. Ini boleh menjatuhkan kedudukan laman web anda di enjin carian Google.

Guest Blogging pula merupakan satu cara di mana penulis-penulis blog di dalam blogsphere bertukar-tukar pendapat dan saling bersumbang saran mengenai sesuatu topik yang khusus dengan cara mengepos "post" (bukannya artikel) ke sesuatu blog yang mempunyai topik tertentu. Guest Blogging merupakan satu situasi menang-menang di antara pemilik blog, Guest Blogger, dan pembaca blog. Pemilik blog mendapat faedah daripada kandungan blog yang didapati daripada seseorang Guest Blogger. Guest Blogger mendapat faedah kerana dia berpeluang untuk membina link ke laman webnya serta mendapat lebih ramai pembaca tulisan yang dibuatnya. Hal ini boleh meningkatkan "exposure" seseorang blogger kerana tulisannya yang turut terisar di blog orang lain yang sekaligus boleh marik lebih ramai pelawat ke blog seseorang Guest Blogger tadi. Pembaca mendapat faedah kerana berpeluang mendapatkan maklumat yang berkualiti daripada banyak sumber.


Guest Blogging di Malaysia Financial Blog (PayBank2u.com)


Guest Blogger di paybank2u.com dibenarkan untuk membuat sehingga tiga link ke laman web mereka dengan menggunakan sebarang anchor text pilihan mereka. Menulis di Malaysia Financial Blog adalah mudah. Anda hanya perlu menulis post dengan isi kandungan yang unik berkaitan dengan kewangan, pelaburan, perniagaan dan perbankan dalam bahasa Inggeris. Sila lawati Malaysia Financial Blog hari ini untuk keterangan lanjut.