Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

Kisah pepsi dan HIV

Semalam, kami telah menulis ulasan kami mengenai khabar angin tentang Pepsi dan HIV. Lihat post ini. Post kami tentang Pepsi dan HIV nampaknya telah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada pengguna-pengguna internet. Kami telah menerima beribu-ribu pelawat daripada Google dan Facebook untuk post tersebut.




Walau bagaimanapun, kisah Pepsi dan HIV masih merebak di dalam internet dan telefon bimbit. Kami menyertai beberapa facebook group dan facebook page yang masih hangat memperkatakan tentang perkara ini. Kami juga telah menerima banyak mesej facebook dan telefon bimbit tentang khabar angin ini. Terima kasih kepada penghantar mesej tersebut. Walaupun berita ini hanyalah khabar angin, tujuan rakan-rakan menghantar mesej tersebut adalah bermotifkan kasih sayang. Khabar angin tentang pepsi dan HIV ini tersebar dengan meluas disebabkan sebaris ayat di dalam mesej tersebut yang mengatakan "sila sebarkan berita ini kepada orang-orang yang anda sayang".

Terdapat juga dakwaan bahawa NTV7 telah menyiarkan berita tentang perkara ini dan kononnya NTV7 akan menyiarkan perkembangan mengenai berita ini dari masa ke semasa. Kami tidak tahu jika ada sesiapa yang benar-benar telah melihat berita tersebut tetapi kami talah menunggu berita di NTV7 dan tidak mendapati sebarang berita tentang Pepsi dan HIV. Tolong hubungi kami di wall facebook page kami jika anda mempunyai maklumat tentang berita NTV7 ke atas kisah Pepsi dan HIV ini.

Kami juga telah menjalankan siasatan di dalam internet tentang Pepsi dan HIV dengan menggunakan banyak kata kunci carian yang berkaitan tetapi kami tidak menemui sebarang fakta yang boleh dijadikan asas bahawa kisah Pepsi dan HIV ini adalah benar.

Ini bukanlah pertama kali sesuatu khabar angin yang bersifat "viral" (merebak di dalam internet dan alat telekomunikasi bagaikan virus) disebarkan untuk menjatuhkan imej sesuatu syarikat atau sesuatu jenis makanan. Pada tahun 2004, cerita yang sama tentang HIV dan Kicap pernah tersebar dan terbukti tidak benar.

Sekali lagi, kami ingin tegaskan bahawa HIV tidak akan berjangkit melalui minuman, apatah lagi melalui Pepsi di dalam tin mahupun di dalam botol. Anda boleh mendapatkan kepastian daripada mana-mana pakar perubatan yang bertauliah mengenai perkara ini. -SSOK Team.


SSOK Sponsored links: