Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

Sertai Kami

Beberapa Cara untuk Sertai Kami
Sebagai Penulis Undangan (Guest Blogger)

Blog Sumandak Sabah Olumis Kopio (SSOK) membuka tawaran kepada SSOK fans untuk menjadi penulis undangan. Jika anda biasa dengan istilah Guest Author, mungkin anda faham bahawa ini adalah satu tawaran yang baik untuk seorang blogger.

Kelebihan sebagai Guest Blogger SSOK:
  • Anda boleh menulis topik bebas (asalkan sah di sisi undang-undang dan mematuhi etiket sosial internet)
  • Dibenarkan menulis tentang blog anda, diri anda dan produk anda
  • Bahasa bebas
  • mengepos sekali dalam masa dua hari
  • Pos yang berkualiti akan di featured di facebook fan page SSOK.
Faedah menjadi penulis undangan:
  • Dapat memaparkan post anda kepada ramai SSOK fans yang lain dan pembaca blog SSOK. (Blog SSOK menerima kunjungan tidak kurang daripada 200 pelawat unik sehari dengan Facebook sebagai sumber trafik utama. Kami akan mengembangkan sumber trafik kami pada masa akan datang).
  • Boleh memperbaiki prestasi SEO (Search Engine Optimization) blog atau laman web anda melalui peningkatan “backlinks” ke laman web anda.
Berminat? Sila hantar email akaun blogger anda ke ssok@sabahsell.com
Pengiklanan Percuma Di SabahSell.com

SabahSell.com merupakan laman web pengiklanan percuma untuk penjual yang memfokus kepada pasaran di Sabah. SabahSell.com adalah berbeza dengan kebanyakan laman iklan yang lain kerana SabahSell.com memberikan kebebasan yang lebih luas kepada pengiklan. Sebarang produk yang sah di sisi undang-undang adalah dibenarkan. SabahSell.com juga membenarkan iklan untuk seluruh perniagaan anda, laman web anda, blog anda, program MLM anda dan sebagainya. Iklan akan disiarkan serta-merta, tetapi dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti iklan tersebut. Muka surat penjualan (Selling Page) juga adalah 100% mesra HTML. Ini bermakna, pengiklan boleh mengiklankan produk mereka dengan sebaik mungkin yang boleh. Kebolehan ini memberikan pengiklan kelebihan seperti yang dinikmati oleh seorang Guest Blogger. (Backlinks adalah sangat penting untuk SEO. Backlinks meliptuti 90% faktor SEO).