Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

Manchester United Tersingkir Liga Juara Juara


Manchester United yang merupakan juara Eropah sebanyak tiga kali telah tersingkir daripada Liga Juara-juara setelah tewas 2-1 kepada FC Basel.

Kekalahan di Switzerland pada Rabu (7/12/2011) lalu menyaksikan Manchester United buat pertama kalinya gagal di peringkat kumpulan semenjak musim 2005-06.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyifatkan kekalahan tersebut sebagai satu kekalahan yang pahit kerana Liga Juara Juara merupakan kejohanan terbaik dunia.

Sementara itu, Manchester City juga terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pusingan kalah mati walaupun menang selesa 2-0 ke atas Bayern Munich apabila Napoli menang dengan jumlah jaringan yang sama di Villareal.