Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

ULASAN KAMI: IRC SABAH HANYA GIMIK POLITIK?

Disember 6 2011. Internet. Kami bukan ahli politik. Kami adalah rakyat Malaysia, khususnya Sabah. Kami merupakan "Stakeholders" kepada semua ahli dan parti politik. Oleh kerana kami ini rakyat Sabah, segala keputusan yang diambil oleh para ahli politik, sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang mempunyai kesan secara langsung terhadap kehidupan kami pada masa ini, masa depan kami dan kepada generasi kami yang akan datang. Maka dengan itu, kami ingin menuntut hak kami untuk menyuarakan pendapat kami terhadap sesuatu isu politik di sekeliling kami. Dalam menyuarakan pendapat kami, kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan pertimbangan kami dipengaruhi oleh minat politik (political interest).



Hari ini kami terpanggil untuk mengulas satu lagi berita internet yang PANAS. Berita internet tersebut bertajuk "IRC SABAH HANYA GIMIK POLITIK". Oleh kerana penyiar berita tersebut merupakan sebuah laman web berita yang boleh dikatakan sudah "Established" di Sabah, dan berita itu sendiri pula menunjukkan bahawa ia bersumberkan BERNAMA, maka kami pun memutuskan untuk menganggap kandungan laman web tersebut sebagai "berita". Lagipun, kami tidak berminat untuk menyiasat kebenaran berita tersebut kerana sama ada berita tersebut adalah benar atau tidak, bukanlah sesuatu yang penting untuk ulasan ini. Di Malaysia, kesahihan sesuatu berita adalah sesuatu yang "sentiasa perlu diragui", maka "benar atau tidak, tidak penting". (Kalau tidak percaya, saksikan berita TV3).

Baiklah, dalam berita tersebut, dikatakan bahawa Ketua Menteri Sabah mengatakan bahawa sokongan Pakatan Pembangkang terhadap seruan pelbagai pihak termasuk parti politik di negeri ini agar kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin dan ‘Projek IC’ di Sabah, hanya gimik politik untuk meraih sokongan rakyat. Sama ada beliau (DSMHA) benar-benar ada berkata demikian atau tidak, itu soal lain. Sekarang ini, mari kita bayangkan jikalah seorang pemimpin No.1 Sabah memberikan kenyataan ini sebagai satu jawapan kepada perjuangan pihak pembangkang, maka apakah kesannya kepada kita sebagai rakyat negeri Sabah?

Jika benar itulah jawapan yang diberikan untuk isu penubuhan IRC Sabah, maka bagi kami, jawapan tersebut terlalu bersifat kepolitikan. Fikiran orang yang memberikan jawapan tersebut hanya dipenuhi hal-hal politik semata-mata. Jawapan ini langsung tidak menggambarkan bahawa pemimpin tersebut mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengatasi masalah kebanjiran PATI di negeri Sabah. Kami bukan peminat parti pembangkang, apatah lagi mengagung-angungkan mereka. Kami hanya rakyat biasa. Tetapi perlu diakui bahawa sokongan pembangkang terhadap penubuhan IRC SABAH menunjukkan bahawa pembangkang "berminat" untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Kalaupun pihak pembangkang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan tersebut, mungkin disebabkan mereka berada di luar kerajaan, sekurang-kurangnya mereka telah menyatakan SOKONGAN. Maka, kenapa pula orang berada berada di kedudukan yang boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut cuba mempolitikkan pendirian pihak pembangkang? Adakah pihak kerajaan gagal melihat penubuhan Suruhanjaya Siasatan ini sebagai sesuatu yang berfaedah untuk rakyat Sabah?

Beliau mendakwa bahawa pendirian pembangkang hanya satu gimik politik kerana PRU13 semakin menjelang. Soalnya sekarang, apakah menjadi masalah jika benarpun pendirian pembangkang ini hanyalah gimik politik? Yang menjadi masalah sekarang ialah apakah pendirian kerajaan yang bukan hanya gimik politik terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja? Mengapakah setiap kali pembangkang menyokong sesuatu yang berfaedah untuk rakyat Sabah dikatakan "Gimik Politik". Baiklah, mungkin kami bersetuju bahawa pembangkang hanya pandai bermain "Gimik Politik" dan menabur janji-janji manis yang kosong tetapi sila berikan kami janji-janji kerajaan yang yang bukan kosong. Berikan kami pendirian kerajaan yang "bukan gimik politik" itu.

Kerajaan berada pada kedudukan yang "berkuasa" untuk mengatasi masalah kebanjiran PATI di Sabah. Kerajaan juga berada pada kedudukan yang berkuasa untuk menunaikan segala janji mereka, tetapi kenapakah sampai sekarang masalah PATI masih berleluasa di Sabah? Setujukah anda jika kami katakan "pembangkang mahu buat tetapi tidak mampu buat, kerajaan mampu buat tetapi tidak mahu buat". Siapa yang lebih baik, yang mahu buat tetapi tidak mampu, atau, yang mampu buat tetapi tidak mahu? -SSOK Team. (P.S We don't take political side in this issue).




SSOK'S Recommendation:
Sabah Sell. Advertise for Free. Guaranteed Ads Impression.
Malaysia Financial Blog. Guest Blog for Backlinks.