Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

Pekerja Pepsi



Ini adalah update terbaru kami mengenai khabar angin seorang pekerja pepsi telah menambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman Pepsi.

Walaupun telah banyak post-post di facebook dan di blog-blog telah dibuat untuk menafikan berita mengenai pekerja pepsi ini, orang ramai maish terus membazirkan kredit mereka untuk memanjangkan SMS Pepsi HIV ini kepada rakan-rakan mereka.

Dalam pemantauan kami terhadap perkembangan terbaru tentang berita pekerja pepsi ini, ceritanya masih berkisar kepada dakwaan bahawa NTV7 telah mengesahkan kejadian ini di dalam beritanya. Apa yang jelas, tidak ada sesiapapun yang memberikan tarikh dan masa berita ini disiarkan oleh NTV7.

Kami telah menulis beberapa post mengenai khabar angin ini seperti berikut:

Kami cadangkan agar pembaca menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum bertindak memanjangkan SMS Pekerja Pepsi HIV kepada rakan-rakan kerana orang yang kurang pengetahuan mengenai perkara ini boleh menjadi cemas apabila mendapat SMS sedemikian. Bantu rakan-rakan yang lain agar berhenti menyebarkan khabar angin yang tidak berasas ini.