Ruang Iklan Percuma: www.sabahsell.com

Manchester United Tersingkir Liga Juara Juara


Manchester United yang merupakan juara Eropah sebanyak tiga kali telah tersingkir daripada Liga Juara-juara setelah tewas 2-1 kepada FC Basel.

Kekalahan di Switzerland pada Rabu (7/12/2011) lalu menyaksikan Manchester United buat pertama kalinya gagal di peringkat kumpulan semenjak musim 2005-06.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyifatkan kekalahan tersebut sebagai satu kekalahan yang pahit kerana Liga Juara Juara merupakan kejohanan terbaik dunia.

Sementara itu, Manchester City juga terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pusingan kalah mati walaupun menang selesa 2-0 ke atas Bayern Munich apabila Napoli menang dengan jumlah jaringan yang sama di Villareal.


















Pekerja Pepsi



Ini adalah update terbaru kami mengenai khabar angin seorang pekerja pepsi telah menambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman Pepsi.

Walaupun telah banyak post-post di facebook dan di blog-blog telah dibuat untuk menafikan berita mengenai pekerja pepsi ini, orang ramai maish terus membazirkan kredit mereka untuk memanjangkan SMS Pepsi HIV ini kepada rakan-rakan mereka.

Dalam pemantauan kami terhadap perkembangan terbaru tentang berita pekerja pepsi ini, ceritanya masih berkisar kepada dakwaan bahawa NTV7 telah mengesahkan kejadian ini di dalam beritanya. Apa yang jelas, tidak ada sesiapapun yang memberikan tarikh dan masa berita ini disiarkan oleh NTV7.

Kami telah menulis beberapa post mengenai khabar angin ini seperti berikut:

Kami cadangkan agar pembaca menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum bertindak memanjangkan SMS Pekerja Pepsi HIV kepada rakan-rakan kerana orang yang kurang pengetahuan mengenai perkara ini boleh menjadi cemas apabila mendapat SMS sedemikian. Bantu rakan-rakan yang lain agar berhenti menyebarkan khabar angin yang tidak berasas ini.

Lionel Richie: Stuck On You, Lyrics and Video


Stuck On You







Stuck on you
I've got this feeling down deep in my soul that I just can't lose
Guess I'm on my way
Needed a friend
And the way I feel now I guess I'll be with you 'til the end
Guess I'm on my way
Mighty glad you stayed

I'm stuck on you
Been a fool too long I guess it's time for me to come on home
Guess I'm on my way
So hard to see
That a woman like you could wait around for a man like me
Guess I'm on my way
Mighty glad you stayed

Oh, I'm leaving on that midnight train tomorrow
And I know just where I'm going
I've packed up my troubles and I've thrown them all away
'Cause this time little darling
I'm coming home to stay

I'm stuck on you
I've got this feeling down deep in my soul that I just can't lose
Guess I'm on my way
Needed a friend
And the way I feel now I guess I'll be with you 'til the end
Guess I'm on my way
I'm mighty glad you stayed

ULASAN KAMI: IRC SABAH HANYA GIMIK POLITIK?

Disember 6 2011. Internet. Kami bukan ahli politik. Kami adalah rakyat Malaysia, khususnya Sabah. Kami merupakan "Stakeholders" kepada semua ahli dan parti politik. Oleh kerana kami ini rakyat Sabah, segala keputusan yang diambil oleh para ahli politik, sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang mempunyai kesan secara langsung terhadap kehidupan kami pada masa ini, masa depan kami dan kepada generasi kami yang akan datang. Maka dengan itu, kami ingin menuntut hak kami untuk menyuarakan pendapat kami terhadap sesuatu isu politik di sekeliling kami. Dalam menyuarakan pendapat kami, kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan pertimbangan kami dipengaruhi oleh minat politik (political interest).



Hari ini kami terpanggil untuk mengulas satu lagi berita internet yang PANAS. Berita internet tersebut bertajuk "IRC SABAH HANYA GIMIK POLITIK". Oleh kerana penyiar berita tersebut merupakan sebuah laman web berita yang boleh dikatakan sudah "Established" di Sabah, dan berita itu sendiri pula menunjukkan bahawa ia bersumberkan BERNAMA, maka kami pun memutuskan untuk menganggap kandungan laman web tersebut sebagai "berita". Lagipun, kami tidak berminat untuk menyiasat kebenaran berita tersebut kerana sama ada berita tersebut adalah benar atau tidak, bukanlah sesuatu yang penting untuk ulasan ini. Di Malaysia, kesahihan sesuatu berita adalah sesuatu yang "sentiasa perlu diragui", maka "benar atau tidak, tidak penting". (Kalau tidak percaya, saksikan berita TV3).

Baiklah, dalam berita tersebut, dikatakan bahawa Ketua Menteri Sabah mengatakan bahawa sokongan Pakatan Pembangkang terhadap seruan pelbagai pihak termasuk parti politik di negeri ini agar kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang tanpa izin dan ‘Projek IC’ di Sabah, hanya gimik politik untuk meraih sokongan rakyat. Sama ada beliau (DSMHA) benar-benar ada berkata demikian atau tidak, itu soal lain. Sekarang ini, mari kita bayangkan jikalah seorang pemimpin No.1 Sabah memberikan kenyataan ini sebagai satu jawapan kepada perjuangan pihak pembangkang, maka apakah kesannya kepada kita sebagai rakyat negeri Sabah?

Jika benar itulah jawapan yang diberikan untuk isu penubuhan IRC Sabah, maka bagi kami, jawapan tersebut terlalu bersifat kepolitikan. Fikiran orang yang memberikan jawapan tersebut hanya dipenuhi hal-hal politik semata-mata. Jawapan ini langsung tidak menggambarkan bahawa pemimpin tersebut mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengatasi masalah kebanjiran PATI di negeri Sabah. Kami bukan peminat parti pembangkang, apatah lagi mengagung-angungkan mereka. Kami hanya rakyat biasa. Tetapi perlu diakui bahawa sokongan pembangkang terhadap penubuhan IRC SABAH menunjukkan bahawa pembangkang "berminat" untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Kalaupun pihak pembangkang tidak mampu melaksanakan tanggungjawab untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan tersebut, mungkin disebabkan mereka berada di luar kerajaan, sekurang-kurangnya mereka telah menyatakan SOKONGAN. Maka, kenapa pula orang berada berada di kedudukan yang boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut cuba mempolitikkan pendirian pihak pembangkang? Adakah pihak kerajaan gagal melihat penubuhan Suruhanjaya Siasatan ini sebagai sesuatu yang berfaedah untuk rakyat Sabah?

Beliau mendakwa bahawa pendirian pembangkang hanya satu gimik politik kerana PRU13 semakin menjelang. Soalnya sekarang, apakah menjadi masalah jika benarpun pendirian pembangkang ini hanyalah gimik politik? Yang menjadi masalah sekarang ialah apakah pendirian kerajaan yang bukan hanya gimik politik terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja? Mengapakah setiap kali pembangkang menyokong sesuatu yang berfaedah untuk rakyat Sabah dikatakan "Gimik Politik". Baiklah, mungkin kami bersetuju bahawa pembangkang hanya pandai bermain "Gimik Politik" dan menabur janji-janji manis yang kosong tetapi sila berikan kami janji-janji kerajaan yang yang bukan kosong. Berikan kami pendirian kerajaan yang "bukan gimik politik" itu.

Kerajaan berada pada kedudukan yang "berkuasa" untuk mengatasi masalah kebanjiran PATI di Sabah. Kerajaan juga berada pada kedudukan yang berkuasa untuk menunaikan segala janji mereka, tetapi kenapakah sampai sekarang masalah PATI masih berleluasa di Sabah? Setujukah anda jika kami katakan "pembangkang mahu buat tetapi tidak mampu buat, kerajaan mampu buat tetapi tidak mahu buat". Siapa yang lebih baik, yang mahu buat tetapi tidak mampu, atau, yang mampu buat tetapi tidak mahu? -SSOK Team. (P.S We don't take political side in this issue).




SSOK'S Recommendation:
Sabah Sell. Advertise for Free. Guaranteed Ads Impression.
Malaysia Financial Blog. Guest Blog for Backlinks.

Berita SMS Tentang Pepsi dan Darah Pekerja Tercemar HIV





Kami masih lagi mengikuti dan mengulas perkembangan mengenai berita SMS Pepsi dan HIV kerana berita ini nampaknya semakin meluas diperkatakan di mana-mana. Lihat post awal kami tentang perkara ini. Sekarang ini, ramai rakan kami telah mendapat panggilan daripada ibu bapa mereka dari kampung yang menasihati agar mereka tidak meminum sebarang minuman tin buat masa ini gara-gara berita SMS tersebut.

Berita SMS tentang Pepsi dan darah HIV pekerjanya nampaknya sudah merebak sehingga ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman. Masyarakat luar bandar menunjukkan reaksi yang sangat serius terhadap berita SMS ini. Tindakan spontan mereka apabila mendapat SMS tentang Pepsi dan HIV ini ialah menghubungi (bukan setakat SMS) anak-anak dan saudara mara terdekat mereka yang berada di bandar untuk memastikan agar mereka tidak meminum segala jenis minuman tin tertamanya Pepsi. Reaksi mereka terhadap perkara ini adalah sangat serius seolah-olah penyakit AIDS sedang merebak dengan cepatnya melalui minuman tin. Reaksi seperti ini adalah tidak menghairankan kerana masyarakat di pedalaman mempunyai tahap kefahaman yang berbeza mengenai penyakit AIDS dan juga "corak" penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit. Cara mereka memproses maklumat juga adalah berbeza dengan cara "orang bandar" kerana mereka mempunyai sumber rujukan yang terhad. Jadi, kami tidak dapat mengulas lebih banyak mengenai reaksi mereka kerana itulah tindakan terbaik yang mereka dapat lakukan di dalam keadaan tersebut.

Apa yang menyedihkan ialah, kami mendapati rakan-rakan yang berprofil tinggi (yang  terpelajar, berjawatan tinggi dan golongan profesional) turut membantu menyebarkan khabar angin ini. Apabila ditanya, mereka berkata bahawa berita ini telah disiarkan oleh NTV7. Walhal, mereka sendiri tidak pernah melihat berita tersebut dan hanya memetik kata-kata daripada khabar angin itu sendiri. Walau bagaimanapun, seperti yang telah kami tulis sebelum ini, motif kebanyakan orang mengirim SMS tersebut kepada rakan-rakan mereka ialah kerana mereka sayang akan rakan-rakan mereka. Ini memang tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun, untuk menunjukkan bahawa anda sayangkan rakan anda, anda mungkin sepatutnya mula mengirim mesej yang berbunyi "Jika anda menerima SMS tentang seorang pekerja Pepsi telah menambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman Pepsi, jangan percaya SMS tersebut kerana khabar tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas".

Kami bukan hendak membela syarikat Pepsi. Pepsi tiada sebarang kaitan dengan kami. Pepsi tidak pernah memberikan minuman percuma kepada kami walau setitikpun. Kami hanya ingin menggalakkan masyarakat agar memproses segala maklumat dengan lebih teliti sebelum mempercayainya. Adakah perkara ini sangat serius sehinggakan kami menulis mengenainya dengan serius? Itu bergantung kepada orang yang mendapat SMS Pepsi HIV ini. Kami tidak faham kenapa masyarakat pada hari ini lebih cenderung mempercayai khabar-khabar angin tidak berasas yang disebarkan melalui SMS, email dan facebook berbanding dengan berita-berita daripada TV3 dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa saluran-saluran berita perdana seperti TV3 dan sebagainya "sukar" dipercayai, kami faham perasaan anda. -SSOK Team

SSOK links
Sabah Sell. Advertise for Free. Guaranteed Ads Impression.
Malaysia Financial Blog. Guest Blog for Backlinks.

Kisah pepsi dan HIV

Semalam, kami telah menulis ulasan kami mengenai khabar angin tentang Pepsi dan HIV. Lihat post ini. Post kami tentang Pepsi dan HIV nampaknya telah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada pengguna-pengguna internet. Kami telah menerima beribu-ribu pelawat daripada Google dan Facebook untuk post tersebut.




Walau bagaimanapun, kisah Pepsi dan HIV masih merebak di dalam internet dan telefon bimbit. Kami menyertai beberapa facebook group dan facebook page yang masih hangat memperkatakan tentang perkara ini. Kami juga telah menerima banyak mesej facebook dan telefon bimbit tentang khabar angin ini. Terima kasih kepada penghantar mesej tersebut. Walaupun berita ini hanyalah khabar angin, tujuan rakan-rakan menghantar mesej tersebut adalah bermotifkan kasih sayang. Khabar angin tentang pepsi dan HIV ini tersebar dengan meluas disebabkan sebaris ayat di dalam mesej tersebut yang mengatakan "sila sebarkan berita ini kepada orang-orang yang anda sayang".

Terdapat juga dakwaan bahawa NTV7 telah menyiarkan berita tentang perkara ini dan kononnya NTV7 akan menyiarkan perkembangan mengenai berita ini dari masa ke semasa. Kami tidak tahu jika ada sesiapa yang benar-benar telah melihat berita tersebut tetapi kami talah menunggu berita di NTV7 dan tidak mendapati sebarang berita tentang Pepsi dan HIV. Tolong hubungi kami di wall facebook page kami jika anda mempunyai maklumat tentang berita NTV7 ke atas kisah Pepsi dan HIV ini.

Kami juga telah menjalankan siasatan di dalam internet tentang Pepsi dan HIV dengan menggunakan banyak kata kunci carian yang berkaitan tetapi kami tidak menemui sebarang fakta yang boleh dijadikan asas bahawa kisah Pepsi dan HIV ini adalah benar.

Ini bukanlah pertama kali sesuatu khabar angin yang bersifat "viral" (merebak di dalam internet dan alat telekomunikasi bagaikan virus) disebarkan untuk menjatuhkan imej sesuatu syarikat atau sesuatu jenis makanan. Pada tahun 2004, cerita yang sama tentang HIV dan Kicap pernah tersebar dan terbukti tidak benar.

Sekali lagi, kami ingin tegaskan bahawa HIV tidak akan berjangkit melalui minuman, apatah lagi melalui Pepsi di dalam tin mahupun di dalam botol. Anda boleh mendapatkan kepastian daripada mana-mana pakar perubatan yang bertauliah mengenai perkara ini. -SSOK Team.


SSOK Sponsored links:


Princess Juailin

1 DISEMBER 2011. Facebook, Princess Juilin, Ratu Pesta Moginakan Kimaragang Peringkat Negeri Sabah telah dilantik secara rasmi sebagai Admin Sumandak Sabah Olumis Kopio. Pelantikan yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2011 ini telah diambut baik oleh semua fan SSOK.


Benarkah Seorang Pekerja Pepsi Telah Menambah Darahnya yang Tercemar Dengan HIV ke Dalam Minuman Pepsi?

Facebook, SMS: Disember 2011. SMS yang mengatakan kononnya terdapat seorang pekerja PEPSI telah manambahkan darahnya yang tercemar dengan HIV ke dalam minuman PEPSI sedang tersebar dengan meluas di dalam Internet. Versi English mesej ini telah lama tersebar di India sejak bulan Julai lalu.



Hehe. Perkara yang melucukan tetapi harus diterangkan kerana pengguna internet dan telefon yang terdedah kepada mesej ini adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat. Mereka mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai sesuatu isu. Ada yang berfikiran pendek dan mudah percaya dan ada yang berfikiran kritikal dan tidak mudah terpedaya dengan sesuatu berita yang tidak berasas.

Oleh kerana kami turut mendapati ada orang yang termasuk dalam "Golongan Profesional" turut sama menyebarkan khabar angin ini, maka kami berpendapat bahawa menulis sesuatu tentang perkara ini adalah berbaloi. Berikut adalah komen kami tentang khabar angin ini.
  1. Berita Baik. HIV tidak akan dapat hidup di luar tubuh badan manusia, apatah lagi di dalam tin Pepsi. Maka, kalaupun khabar angin ini benar, anda tidak perlu takut dijangkiti HIV gara-gara meminum Pepsi. Anda boleh bertanya kepada pakar perubatan mengenai hal ini.
  2. Tiada isu rasmi daripada mana-mana pihak berkuasa sama ada di dalam mahupun di luar negeri mengenai khabar angin ini. Ini menunjukkan bahawa khabar angin ini merupakan khabar angin semata-mata dan tidak berasas.
  3. Jika benarpun perkara ini berlaku, sudah tentu Pepsi telah membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan menarik balik mana-mana keluarannya yang dikhuatiri tercemar dengan darah pekerja penghidap HIV. Syarikat multinasional sebesar Pepsi mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) untuk menangani perkara-perkara seperti ini.
  4. Syarikat sebesar Pepsi juga tidak mungkin akan dapat menyembunyikan perkara ini jika ia benar. Selain daripada standard kawalan kualiti dalaman yang ketat, Pepsi juga tidak akan terlepas daripada Audit Kualiti dan Audit Sosial daripada pelbagai pihak luar termasuk pertubuhan-pertubuhan kerajaan, NGO dan pertubuhan-pertubuhan sosial yang lain jika sesuatu perkara seperti ini berlaku.
  5. Banyak berita-berita karut dan tidak berasas seperti ini pernah disebarkan dan terbukti tidak benar. Terdapat angenda-angenda perniagaan mahupun publisiti murahan yang mendorong kepada penyebaran khabar angin seperti ini.
  6. Dakwaan bahawa kononnya perkara ini ada disiarkan oleh NT7 adalah tidak terbukti.  Penyebar berita ini boleh saja mendakwa bahawa perkara ini turut disiarkan oleh TV3. Kalaupun jika benar perkara ini disiarkan oleh media perdana, tentu sekali berita tersebut hanya berbentuk ulasan mengenai perkara ini dan bukannya pengesahan bahawa perkara ini benar-benar telah berlaku.
Kesimpulan:

Cerita tentang seorang pekerja Pepsi telah mencampurkan darahnya yang dicemari HIV ke dalam minuman Pepsi adalah tidak benar dan tidak berasas.


SSOK link:


Sabah Online Classifieds, Advertise for Free.


Malaysia Financial Blog. - Guest Blog With us While building your Backlinks.


List of salient points for investment in malaysia